Make your own free website on Tripod.com

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Hadith Pertama daripada 40 Hadith Imam Nawawi

 

Terjemahannya:

Dari Amir al-Mukminun Abu Hafs ‘Umar Ibn Khattab Radiyullah ‘Anh, katanya: Aku dengar  Rasulullah SAW bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

 

Nilaian Hadith:

·        Hadith ini mempunyai martabat dan nilaian yang tinggi dalam jurusan hokum Islam kerana banyak hukum itu didasarkan kepadanya.

·        Imam Syafi’I dan Imam-imam yang lain berpendapat bahawa hadith ini adalah sepertiga Islam kerana perbuatan seseorang ada dengan hatinya atau lidahnya atau dengan anggotanya. Manakala niat itu ialah salah satu daripada yang tiga tersebut

 

Pengertian Niat:

·        Niat menurut bahasa ialah qasad (tujuan hati) dan iradah (kehendak hati). Dengan tujuan dan kehendaknya sendiri, terjadilah sesuatu ‘amal atau pekerjaan

·        Ulama fiqh mengertikan niat sebagai qasad mengerjakan suatu bersamaan dengan melakukannya, dan tempatnya dihati.

·        Menurut istilah syara’, niat ialah tergerak hati ke arah suatu pekerjaan untuk mencari keredhaan Allah dan menyatakan perasaan tunduk dan patuh kepada perintahNya. Inilah yang dikatakan ikhlas atau kejujuran dalam melaksanakan sesuatu amal.

·        Maksud niat, menurut pandangan ulama’, ialah untuk menyatakan perbezaan antara amal ibadat dengan pekerjaan ‘adat yang atau antara jenisnya’ibadat itu sendiri. Sebagai contoh:

1.      duduk dimasjid kerana beriktikaf dan berehat adalah sama. Mandi kerana sesuatu kewajipan syara’ dan kerana kebiasaan adalah sama juga keadaannya tetapi yang membezakan antara keduannya ialah niat

·        perbuatan yang menjadi tabii’ hidup seperti makan, minum, etc. sekalipun demikian, perbuatan itu dianggap satu kebaikan pula yang mungkin diberikan pahala jika perbuatan itu diqasadkan (diniatkan) melakukannya untuk memelihara kesihatan/keselamatan badan supaya dapat meneruskan bakti kepada Allah SWT.

 

Bersambung…

 

Pengertian Hijrah

 

·        Menurut bahasa ialah semata-mata meninggalkan.

·        Menurut istilah yang dikehendaki pada hadis pertama ialah meninggalkan negeri Mekah lalu beroindah ke Madinah demi untuk kepentingan agama Islam.

·        Hijrah dari segi pengertian secara umum ialah meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintahNya.

·        Hijrah yang dituntuti oleh Islam ialah hijrah dengan perkataan, perbuatan dan hati. Ertinya, tidak melakukan sesuatu yang dilarang itu sama ada dengan perkataan mahupun dengan lainnya.

·        Ada pula hijrah kepada yang lain dari Allah dan RasulNya, iaitu kerana dunia atau perempuan masuk dalam kargori segala amal yang dikerjakan untuk kepentingan dunia atau kedudukan dan ini jelas bertentangan dengan hakikat ikhlas.

 

Pengertian Dunia.

 

·        Dunia bagi orang Islam adalah sebagai alat bukan tujuan, iaitu alat untuk menyampaikan kepada tujuan akhir di Akhirat dan ini adlah sebabnya seorang Islam tidak dibenarkan beramal kerana dunia semata-mata atau untuk mendapatkan kemegahan hidup didalamnya.

·        Pengertian dunia ialah makhluk yang wujud sebelum Akhirat.

·        Perkataan dunia berasal dari perkataan “dunuwwu” yang bermaksud dekat. Ia juga berasal dari perkataan “danaat” yang bermaksud kehinaan.

·        Setiap orang yang beramal kerana dunia adalah beramal untuk suatu faedah yang dekat dan yang hina didalam dunia ini.

·        Dalam hadis yang pertama ini, ada dimasukkan perkataan ‘perempuan’ secara khusus- pada hakikatnya perkataan ini telah masuk kedalam pengertian dunia dan ini membawa kepada satu kesimpulan bahawa orang perempuan adalah diantara bilangan syahwat yang disukai manusia dan ia terletak pada kedudukan pertama di antara segala macam syahwat sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Dihiaskan kepada manusia kesukaan pada syahwat, iaitu orang perempuan”.

 

Amal yang Ikhlas.

 

Segala amal yang didasarkan kepada niat yang baik dan ikhlas diterima Allah dan diberikan ganjaran. Imam Nawawi menyatakan bahawa  amal mempunyai 3 bahagian:

a)      Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah. Amal ini dinamakan ibadat hamba.

b)     Amal yang dikerjakan kerana mendapatkan syurga dan pahala. Amal ini dinamakan ibadat saudagar.

c)     Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan kerana untuk melaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih didalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak. Amal ini dinamakan ibadat yang merdeka. Dan inilah rupa  amal ibadat yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW sewaktu menjawab sungutan Aisyah r.a yang berkata: “Mengapakah Rasulullah SAW bersusah-payah berdiri sembahyang waktu malam hingga bengkak-bengkak dua belah kakinya padahal Allah telah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang?” Rasulullah SAW menjawab bahawa , “Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur”.

 

Sebab-sebab yang merosakkan amal.

 

Sebab utama yang merosakkan amal ialah kesombongan dalam melakukan amalan.

·        Saidina Umar Al-Khattab pernah bertanya kepada Mua’adh bin Jabal yang sedang menangis: “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya: “Kerana ada hadith yang aku dengar dari Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa: “Sedikit sahaja riya’ itu adalah syirik”.

·        Riya itu ada dua macam; pertama: engkau memaksudkan taat kepada manusia dan yang kedua: engkau memaksudkannya kepada manusia dan Allah.

·        Abu Lait Al-Samirqandi berpendapat bahawa ap yang dikerjakan kerana Allah adalah diterima dan apa yang dikerjakan kerana manusia adalah ditolak

·        Amal yang dicampuri riya’ bukanlah amal yang bersih, malah itulah amal yang menipukan diri, yang mengotorkan jiwa dan menghampakan harapan. Rasulullah menamakan riya’ sejenis syirik yang halus sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Yang amat aku takuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil (halus).”

·        Riya itu biasa ada pada amal iaitu amal yang dikerjakan untuk diperlihatkan kepada orang dan ada pula pada meninggalkan amal itu tidak dikerjakan kerana orang.

·        Menurut Fadil ibn ‘Iyad berkata secara terus-terang bahawa: “Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’. Bermal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau dari keduanya”.

·        Imam Ghazali dalam ulasannya mengenai perkara sekutu menerangkan: “Bahawa sekutu pada amal yang menghilangkan pahala ialah sekutu dengan perasaan riya’. Adapun sekutu dengan yang lainnya tidaklah menghilangkan pahala sama sekali. Hal ini samalah seperti urusan haji yang dilakukan dengan maksud berniaga dan dengan urusan perang yang dimaksudkan untuk mempertahankan agama disamping mendapatkan rampasan harta benda. Orang yang mengerjakan haji dengan maksud yang tersebut akan mendapat pahala menurut kadar niatnya, manakala orang yang berperang itu pula akan mendapatkan pahalanya walaupun akan berkurang dari yang sepatutnya.”

·        Menentukan berpahala atau tidak sesuatu amal yang disekutukan itu hendaklah diperhatikan kepada sebab-sebab yang mengerakkan amal, iaitu manakah diantara sebab-sebab itu yang lebih kuat; adakah sebab agama atau sebab dunia atau sebabkeduanya sekali? Andaikata didapati sebab agama lebih kuat atau keduanya sebab itu sama kuat dan sama berat, maka tidaklah berpahala.

download | back