Make your own free website on Tripod.com
Your browser isn't running scripts, so you cannot see the links available.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

10 Wasiat Imam Hassan al-Banna
 


1. Apabila  mendengar  azan,  maka  bangunlah  bersembahyang  serta-merta  
    walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah 
    dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul  itu  
    adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun,  kerana pertengkaran yang kosong 
    tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah  banyak  ketawa  kerana  hati yang sentiasa berhubung dengan Allah Taala itu 
    sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah  banyak  bergurau  kerana  umat  yang  sedang  berjuang  itu  tidak mengerti 
    melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana  
    percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakitkan hati orang.


8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan 
    dan janganlah bercakap  melainkan apa-apa yang memberikan kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah 
    berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu 
      gunakanalah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya. 
     
    Semoga ianya menjadi nasihat dan panduan yang berguna kepada kita.


download | back

     

this page was last updated at: Thursday, July 13, 2000 09:34 PM
for any problems please contact the maintainer